Sunday, January 4, 2009

Homeopathy Banyak Di Kembangkan Oleh Prof Dr Nik Omar, Kini Malaysia Di kenali Sebagai Pusat Homeopathy Dunia


Malaysia Dijadikan

Pusat Perkembangan Homeopathy Dunia



Kota Bharu 4th Oktober 2000

Malaysia telah dipileh sebagai salah satu pusat perkembangan homeopati di dunia oleh Lembaga Pendidikan Homeopathy Antarabangsa yang bersidang disini baru-baru ini.

Dalam ucapan pembukaan, Persidangan Perubatan Homeopati dan Komplementari yang ke5 disini, Prof Dr Sir Anton Jayasuriya, selaku Presiden Persatuan Komplementari Dunia telah menyatakan bahawa, " Malaysia telah dipileh sebagai pusat perkembangan pendidikan ilmu-ilmu perubatan homeopati dan akupunktur dirantau sini kerana segala kemudahan asas bagi perkembangan perubatan ini terbetang luas disini."

" Kewujudan kolej perubatan homeopati iaitu Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia dan Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia yang telah berjalan selama 25 tahun disini telah membuktikan keupayaan Malaysia menjadi sebagai pusat perkembangan perubatan alternatif dan komplementari dunia.", katanya.

Persidangan homeopati peringkat antarabangsa kali ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, YB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dihadiri oleh kira-kira 350 orang doktor-doktor pakar luar dan dalam negeri dalam bidang masing-masing.

Terdahulu dari itu Pengerusi Persidangan merangkap Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Malaysia, Prof Dr Sir Nik Omar bin Haji Nik Daud telah menyatakan bahawa lebih dari 3000 orang pelajar-pelajar telah pun tamat pengajian masing-masing dalam jurusan perubatan homeopati dan akupunktur dengan kolej ini sejak ditubohkan 25 tahun yang lepas. Dari segi perkhidmatan pula, lebih dari 1 juta orang pesakit telah dapat menafaat dari perkhidmatan homeopati oleh ahli-ahli persatuan ini sejak ditubuhkan pada tahun 1984

Pelajar-pelajar yang mengikuti program disini bukan sahaja dari Malaysia malah ada yang datang dari luar negara seperti India, Pakistan, Spain, Brazil, Italy, Kuwait, USA dan lain-lain. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk menarik lebih ramai pelajar-pelajar dari negara-negara EU untuk mengikuti program pembelajaran homeopati dan akupunktur disini, khusunya pernekanan diberikan kepada Sweden, Norway dan Denmark.

" Kami telah dan sedang berusaha untuk memajukan perkhidmatan homeopati di Malaysia supaya perkhidmatan kami dapat diguna pakai oleh semua masyarakat Malaysia dan juga antarabangsa," demekian jelas Dr Nik Omar.

No comments: