Sunday, January 4, 2009

Betulkah Ubat Homeopathy Lambat Bertindak ?


Benarkah Ubat Homeopati Lambat bertindak ?

Tidak benar ! Sebenarnya ubat homeopati cepat bertindak atas sesseorang pesakit, jika ubat yang diberikan itu sesuai dan serasi dengan pesakit.

Contohnya jika pesakit datang dengan aduan penyakit akut seperti muntah-muntah atau cirit-birit, sakit mata, sakit perut, jika diberi ubat-ubat homeopati yang serasi, pesakit akan merasa lega dalam tempuh beberapa minit sahaja.

Yang menjadi masalah, ialah penyakit kronik, dimana pesakit mengalami masalah penyakit yang sudah lama, sampai ada yang mengalaminya sejak 5 tahun, 10 tahun dan 15 tahun. Mereka dah berubata dimerata tempat dan berjumpa dengan banyak specialist tetapi tidak juga baik. Mereka datang kepada homeopati dan mencuba ubat-ubat homeopati, tetapi bila dimakan dalam 2 hingga 3 minggu, mereka sudah menyatakan tidak ada apa-apa penyembuhan.

Masa kan penyembuhan begitu pantas ? Sedang penyakit sudah dialami sejak 10 tahun.

Biasanya doktor homeopati hanya meminta sabar dan meneruskan makan ubat-ubatan homeopati selama 6 bulan atau 1 tahun, barulah ada penyembuhan. Tetapi mereka kata tempuh begitu sangat lama.

tetapi jika dibandingkan dengan penderitaan dengan penyembuhan dalam rawatan homeopati ternyata - rawatan homeopati memang cepat bertindak, nisbah masa kesakitan dan masa berubat.

Conton Si Minah tidak ada zuriat sejak kahwin 10 tahun silam, berbagai cara dilakukannya termasuk InVitro, IUI, Larascopy, pembedahan, jumpa pakar itu dan ini, sejak 10 tahun lalu, tapi masih belum dapat zuriat.

Datang kepada kami, kami minta bersabar meneruskan rawatan homeopati selama 8 bulan, mereka beranggapan tempuh itu begitu lama. Walwal mereka berusaha 10 tahun tidak juga berhasil.

Tetapi ada hamba Allah yang memang bersabar meneruskan rawatan homeopati sehingga 8 bulan, dan akhirnya berjaya mendapat zuriat dan dapat pula anak yang comel.

Ini membuktikan bahawa rawatan homeopati jauh lebih baik dan cepat berhasil dari rawatan lain. Kalau dipakai ratio, nisbahnya 1 : 11

Begitu juga penyakit gastrik, pepptik ulser dan sebagai.

No comments: